10 Sifat Mahmudah Dan Mazmumah Menurut Imam Al-Ghazali

10 Sifat Mahmudah Dan Mazmumah Menurut Imam Al-Ghazali

Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

Ilmu Tasawuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.

Imam Al-Ghazali r.a telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab ‘Arbain Fi Usuluddin. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang dituntut oleh Islam supaya diamalkan oleh umatnya. Sifat-sifat  utama yang tergolong dalam sifat-sifat yang mahmudah ialah:

1) TAUBAT (Membersihkan Hati)

2) KHAUF (Takut kepada Allah)

3) MUHABBAH (Kasih Sayang sentiasa ingat kepada Allah)

4) ZUHUD (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)

5) SABAR (Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)

6) SYUKUR (Memuji setiap nikmat daripada Allah)

7) IKHLAS (Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )

8) TAWAKAL (Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)

9) REDHA (Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)

10) ZIKRULMAUT (Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)

Imam  Al-Ghazali juga menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:

1) Banyak Makan

2) Banyak Bercakap

3) Marah

4) Hasad

5) Bakhil

6) Cintakan Kemegahan

7) Cinta Dunia

8) Bangga Diri

9) Ujub (Hairan Diri)

10) Riya’ (Menunjuk-nunjuk).

Semoga Allah S.W.T. menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. In Shaa Allah… Aamiin.

P/s: Hargai dan sayangilah diri kita sendiri, kerana tiada sesiapa yang akan menghargai sebelum kita.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.